Da Joules

Kami Pelajar

Da Joules

Da Joules, blog Kolej Islam Sultan Alam Shah. Dibangunkan oleh Shahidah Mustappa pada Mac 2017 dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Lembaga Ketua Pelajar, dan Sidang RESTU. Bertanggungjawab menginspirasikan dunia terutamanya pelajar KISAS sendiri untuk bersama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan bumi hijau iaitu melestarikan penjimatan tenaga.

  • Jalan Kota Raja, 41000 Klang, Selangor
  • 03-33711658
  • kisasklang@gmail.com
Me

Projek terkini

Melestarikan kecekapan tenaga di KISAS.

Komputer 90%
Lampu 70%
Seterika 95%
Mesin Basuh 60%

Tinggi Kualiti

Blog Da Joules tampil sebagai blog amatur setanding blog profesional malah memenuhi kriteria pembaca.

Inspirasi Pembaca

Menginspirasikan masyarakat melalui perkongsian santai tetapi berisi di samping menyampaikan fakta dan isu-isu menarik.

Entri Menarik

1001 fakta menarik dan jarang diketahui dibongkar dan didedahkan hanya di hujung jari.

Isu 'Trending'

Hanya memaparkan entri viral dan 'hijau' yang perlu disampaikan demi manfaat bersama.

Pandangan Kritikal

Mengupas isu 'berisi' bagi menyedarkan masyarakat terutama individu yang memandang remeh penggunaan tenaga yang kian kritikal.

Sumber Terbaik

Jaminan 100% tiada entri yang salah melainkan yang tepat dan benar berdasarkan sumber-sumber yang dipercayai.

0
pencapaian
0
anugerah
0
facebook like
0
bintang
  • Terima Kasih, Follower!

    Salam Alayk!

    4 NOV - Alhamdulillah, blog Da Joules mendapat tempat kedua peringkat kebangsaan! Tanpa followers semua, siapalah Da Joules.

    Saya wakil Kolej Islam Sultan Alam Shah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menyokong serta seinfiniti kemaafan dari pelbagai pihak andai menimbulkan sekelumit perasaan tidak senang hati antara kita.

    Paling tidak boleh dilupakan kepada pihak FOMCA kerana memilih Da Joules sebagai pemenang tempat kedua. Terima kasih atas pertimbangan pihak tuan/puan terhadap pemilihan pemenang. Terima kasih yang tidak terhingga kerana cakna akan peserta, tidak henti menghubungi dengan penuh mesra.

    Semoga bidang ICT tanah berkembang maju melalui platform yang telah disediakan oleh FOMCA. Majulah Malaysia berderap menuju puncak!

    #bangkitbersama
  • Review Da Joules Bersama UIA

    Salam alayk!

    Pada 1 Julai yang lalu, Da Joules telah berkolaborasi dengan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA/IIUM) untuk menjayakan program '100% Kecekapan Tenaga'. Interaksi dan komunikasi yang baik dengan mahasiswa UIA mengeratkan lagi hubungan antara Kolej Islam Sultan Alam Shah dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

    Objektif Program?

    Untuk memastikan setiap lapisan masyarakat di Malaysia terutamanya golongan remaja  mempunyai pengetahuan tentang kepentingan kecekapan tenaga dalam kehidupan seharian. Maka sidang Da Joules telah mengadakan beberapa temu bual bagi mendapatkan pandangan dari mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam ini.

    Apa Kata Mahasiswa UIA?

    Pandangan atau review dari mahasiswa UIA amat berinput antaranya dari Syahir, 18 tahun, pelajar asasi jurusan farmasi mengatakan,

    Syahir, 18 tahun

    "Setiap peralatan yang dicipta tidak akan mencapai kecekapan tenaga sehingga 100% walaupun telah dilabelkan 100%. Namun inovasi manusia memperbaiki dan memperbaharuinya agar dapat menghampiri kesempurnaan sesebuah teknologi."- Syahir

    Kami Berpuas Hati! 

    Objektif Da Joules tercapai dan dapat disimpulkan di sini bahawa Malaysia mempunyai masa depan yang cerah kerana aset negara yakni remaja kita berintelektual. Malaysia, Pengguna Bijak!
  • Tips Genius | Elektrik Vs Komputer

    BIL NAIK SEBAB GAJET?

    Anda bukanlah asing kalau menghadapi masalah ini, satu dunia bersama anda. Paling memakan elektrik ialah komputer riba, tidak wujud lagi powerbank untuk komputer, tidak wujud lagi casing charge untuk komputer, buat masa sekarang jalan penyelesaiannya hanya manual.

    KOMPUTER 

    A. Panduan Membeli 

    • Pastikan komputer mempunyai mod tidur.
    • Monitor skrin rata lebih efisien daripada jenis tiub katod.
    • Komputer riba menggunakan 30% kurang tenaga berbanding komputer meja.


    B. Panduan Operasi 

    Elakkan daripada membiarkan komputer pada mod sedia. Jadual 9 menunjukkan penggunaan tenaga komputer dalam keadaan pelbagai mod.

    Tutup : komputer tidak dimatikan di plug tetapi hanya dipadamkan di pemutus penyambung di dalam komputer.
    Mod tidur : komputer hampir dipadamkan - pemproses dan monitor masih menggunakan 1-30 watt elektrik.
    Jimat-skrin : tidak menjimatkan elektrik, masih pada keadaan sedia digunakan untuk zmenjaga monitor.

    Semoga berjaya semua!

  • Tips Genius | Elektrik Vs Kipas


    KIPAS TINGKATKAN BIL?

    Penipisan ozon yang menyebabkan sinar UV tak menentu bukan sahaja berkait rapat dengan penghawa dingin malah penggunaan kipas makin meningkat, kesan bagi golongan pertengahan yang tidak berkemampuan untuk menangani kepanasan melampau. Salahkah untuk memaksimumkan penggunaan kipas?

    KIPAS


    Kipas ialah peralatan elektrik yang murah serta mudah digunakan dan jarang digantikan. Perkembangan teknologi telah menghasilkan kipas baru yang lebih efisien daripada kipas lama. Kos elektrik yang rendah bagi kipas baru yang cekap kebiasaannya boleh menampung kos penggantian kipas lama yang kurang efisien walaupun masih elok.

    A. Panduan Membeli 

    Perhatikan keefisienan prestasinya (Coefficient of Performance-COP) yang dinyatakan sebagai min meterpadu/W. Bagi sebuah kipas 80W kos penggunaannya ialah lebih kurang RM7 sebulan. Bagi mengurangkan kos penggunaannya anda dinasihatkan agar memilih kipas yang efisien memandangkan tempoh penggunaan kipas yang panjang iaitu sehingga 12 jam setiap hari.

    B. Panduan Operasi dan Penyelenggaraan 

    • Pastikan kipas tidak dihalang daripada belakang kerana halangan pengaliran udara akan mengurangkan prestasinya atau menyebabkan ia beroperasi dengan bebanan berlebihan.
    • Tutupkan suis kipas apabila tidak diperlukan. Sistem automatik seperti suis sensor automatik dapat mengelakkan pembaziran elektrik apabila kipas tidak diperlukan.
    • Kipas hanya akan mengedarkan udara dan hendaklah digunakan bagi memungkinkan pertukaran udara jika boleh udara sejuk daripada luar.

    Semoga Berjaya!

  • Tips Genius | Elektrik Vs Lampu


    KRISIS LAMPU DI DUNIA

    Menurut WWF Thailand, Bangkok mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 73.34 megawatt melalui Earth Hour, dimana, satu jam, sama dengan 41.6 ton karbon dioksida. Bangkok Post memberikan perbezaan rajah 165 megawatt-jam dan 102 tan karbon dioksida.

    Di Dubai, dimana lampu luar dibeberapa bandar utama tanah besar telah dimatikan dan lampu jalan dikawasan terpilih telah dimalapkan sehingga 50%, Electricity and Water Authority melaporkan penjimatan 100 megawatt-jam penggunaan elektrik. Ini merupakan pengurangan 2.4% penggunaan elektrik dibandingkan jam sebelumnya.

    Keputusan terbaik adalah ChristchurchNew Zealand. Bandar ini melaporkan pengurangan 13% penggunaan elektrik. Bagaimanapun, Transpower melaporkan bahawa penggunaan tenaga New Zealand semasa Earth Hour adalah 335 megawatt, lebih tinggi dari purata 328 megawatt dua Sabtu sebelumnya.

    MelbourneAustralia telah menjimatkan 10.1% penggunaan elektrik. Sydney, bandar yang menganggotai Earth Hour 2007 dan 2008, menjimatkan 8.4% bekalan elektrik. Walaupun lebih rendah daripada 10.2% tahun sebelumnya.

    Jelas tak? Satu dunia bertungkus lumus mengurangkan penggunaan lampu yang selama ini terbazir dengan melampau.

    LAMPU 

    Lampu biasanya digunakan untuk pencahayaan dan menyumbang 10% atau kurang bagi keseluruhan jumlah bil elektrik. Kos ini boleh dikurangkan dengan menggunakan lampu cekap tenaga dan sentiasa bertindak celik tenaga. Merujuk kepada Jadual 10 contoh lampu 400W yang digunakan sebanyak 2-3 jam sehari akan menelan perbelanjaan sebanyak RM13.80 untuk tempoh sebulan.

    Jenis Lampu 

    1. Lampu mentol Menjana haba yang banyak dan kebiasaannya mempunyai kuasa 60W. Kecekapan sinarannya dalam lingkungan 18 lumens/watt – satu sumber cahaya yang kurang cekap.
    2. Lampu kalimantang Menjana cahaya cerah pada kuasa 32W. Lampu ini mempunyai balast, kebiasaan kuasanya 8W.
    3. Lampu kalimantang mampat (Compact Flourescent Light –CFL) Pencahayaan cerah yang sama dengan 60W lampu kalimantang tetapi pada kuasa yang lebih rendah iaitu pada 11W. Kecekapan sinarannya dalam lingkungan 60 lumens/watt. Agak mahal tetapi masa hayatnya lapan kali lebih lama daripada lampu mentol biasa dan menggunakan hanya 20% tenaga elektrik bagi menghasilkan pencahayaan yang sepadan.

    A. Panduan Pembelian 

    • Beli lampu cekap tenaga dan boleh menjimatkan tenaga sehingga 80% bil lampu pada jangka masa yang panjang.
    • Harga untuk lampu cekap tenaga jenis lampu kalimantang mampat (CFL) walaupun ia mahal, namun ia akan lebih menjimatkan tenaga kerana rendah penggunaan elektriknya.
    • Gunakan lampu yang bersesuaian dengan keperluan. Contohnya, gunakan lampu yang lebih terang ketika membaca dan lampu yang lebih malap ketika menonton TV.
    • Lampu kalimantang biasa akan mengeluarkan 2 kali lebih cahaya daripada lampu mentol.
    • Seboleh-bolehnya, gunakan suis fotoelektrik, pemalap dan penentu masa bagi penjimatan selanjutnya.

    B. Panduan Operasi dan Penyelenggaraan 

    Operasi Bilik Tidur 
    • Gunakan lampu malap daripada siling dengan pemalap untuk pencahayaan umum.
    • Gunakan lampu sisi katil untuk membaca.
    • Gunakan cahaya dari luar. Letakkan meja berhampiran dengan tingkap.

    Operasi Ruang Tamu 
    • Gunakan lampu bercahaya malap bagi memalapkan suasana.
    • Pastikan tiada pantulan cahaya di kaca televisyen bagi keselesaan menonton.
    • Tutupkan suis lampu jika ia tidak digunakan.

    Operasi Dapur 
    • Pastikan kesemua ruang kerja mempunyai pencahayaan yang mencukupi.
    • Pasang lampu di atas ruang kerja.
    • Pasang lampu di pintu bilik pantri. Bilik Air Dan Setor
    • Pasang lampu di atas cermin.
    • Pasang lampu siling bagi bilik air yang besar.
    • Pasang lampu berkuasa rendah bagi laluan dan setor.

    Penyelenggaraan 
    Bersihkan habuk pada mentol dan penutup lampu sekali setiap 1 atau 2 bulan. Lampu yang bersih akan meningkatkan pencahayaan.

    Semoga Berjaya!

  • Misi 100% Tenaga Boleh Baharu


    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Tenaga Boleh Baharu (TBB)?

    TBB ialah projek impian satu dunia sebenarnya. Mampu atau tidak mampu untuk Malaysia mencapai 100 peratus tiada siapa boleh tahu mahupun ramalkan. Mark Z. Jacobson, profesor kejuruteraan awam dan alam sekitar di Universiti Stanford dan pengarah program Tenaga dan Atmosfera, mengatakan bahawa penghasilan tenaga baru dengan kuasa angin, kuasa solar, dan kuasa hidro pada tahun 2030 boleh dilaksanakan. Halangan untuk melaksanakan pelan tenaga boleh diperbaharui ialah sosial dan politik, bukan teknologi atau ekonomi. 

    Sejarah TBB

    Penggunaan tenaga boleh diperbaharui telah berkembang lebih cepat daripada yang dijangkakan. Turbin menjana angin 39 peratus daripada tenaga elektrik Denmark, dan Denmark mempunyai banyak pencerna biogas dan juga sisa tumbuh-tumbuhan kepada tenaga. Selain itu, angin dan biojisim menyediakan 44% tenaga elektrik yang digunakan oleh enam juta penduduk di negara ini. Pada tahun 2010, 10 juta orang Portugal menghasilkan lebih daripada separuh elektrik mereka daripada sumber tenaga asli boleh diperbaharui. 40 juta penduduk Sepanyol memenuhi satu pertiga daripada keperluan elektrik mereka dari tenaga boleh diperbaharui. 

    Jadi?

    Banyak lagi negara besar yang mengaplikasikan konsep TBB. Kita semestinya mampu juga. Malaysia, kecil-kecil cili padi.

    Sumber Wikipedia dan KeTTHA


  • DAPATKAN WIFI SMART PLUG SEKARANG JUGA!

    Alat yang anda perlukan untuk mengawal penggunaan tenaga dengan cekap hanya bernilai RM299 sahaja!

    Powered by Blogger.
    ALAMAT

    Jalan Kota Raja, 41000 Klang

    EMAIL

    kisasklang@gmail.Com

    TELEFON

    03-33711658

    FAKS

    03-33721148