• Malaysia Anti Mentol Berfilamen



    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Saya yakin ramai yang mengakui rakyat Malaysia masih belum 'pandai' untuk menjimatkan tenaga elektrik tamsilnya penggunaan mentol berfilamen yang masih meluas. Statistik oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) menganggarkan hampir 20% antara tahun 2007 hingga 2011 mentol dipakai di Malaysia adalah mentol berfilamen. Tinggi juga perangkaan itu.

    Di sini saya ingin memperbetulkan ralat statistik tersebut. Sebenarnya rakyat Malaysia sudah cukup 'genius' untuk menjimatkan tenaga. Statistik 20% penggunaan mentol berfilamen di Malaysia adalah salah, kita bukanlah negara kelas ketiga yang masih di bawah tempurung. Hanya 16% sahaja lagi penggunaan mentol berfilamen di Malaysia. Malaysia sudah maju.

    Ya lah, siapa kata 16% itu sikit, sememangnya besar juga nilainya. Terdapat 2.4 juta lagi penggunaan mentol berfilamen ini yang perlu dihentikan. Jangan risau, pihak bertanggungjawab sedang dalam operasi untuk menyelamatkan alam ini. Pengumuman menghentikan penggunaan mentol berfilamen (gls) sedang dijalankan secara berperingkat. Kita tak menunggu pihak bertanggungjawab untuk melakukan kerja, anda yang sudah tahu juga berperanan menyebarkan info ini kepada orang ramai.

    Kenapa saya kata mentol berfilamen ini tidak cekap? Bukan saya saja yang kata, tanyalah mana-mana saintis sekalipun jawapan mereka pasti sama dengan saya, mentol berfilamen tidak bagus. Banyak tenaga yang digunakan untuk penjanaan mentol ini tapi tahukah anda banyak tenaga yang digunakan adalah untuk menghasilkan tenaga haba, minor sahaja tenaga cahaya. Bukan setakat membazir tenaga malahan bil elektrik rumah anda juga terbazir. Gantikanlah dengan lampu kalimantang ataupun LED, mungkin sedikit mahal tetapi tidak semahal pembayaran bil mentol berfilamen.

    Sekian, itu sahaja entri pada hari ini.


  • 0 comments:

    Post a Comment

    DAPATKAN WIFI SMART PLUG SEKARANG JUGA!

    Alat yang anda perlukan untuk mengawal penggunaan tenaga dengan cekap hanya bernilai RM299 sahaja!

    Powered by Blogger.
    ALAMAT

    Jalan Kota Raja, 41000 Klang

    EMAIL

    kisasklang@gmail.Com

    TELEFON

    03-33711658

    FAKS

    03-33721148