Salam alayk!
Pada 1 Julai yang lalu, Da Joules telah berkolaborasi dengan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA/IIUM) untuk menjayakan program '100% Kecekapan Tenaga'. Interaksi dan komunikasi yang baik dengan mahasiswa UIA mengeratkan lagi hubungan antara Kolej Islam Sultan Alam Shah dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Objektif Program?
Untuk memastikan setiap lapisan masyarakat di Malaysia terutamanya golongan remaja mempunyai pengetahuan tentang kepentingan kecekapan tenaga dalam kehidupan seharian. Maka sidang Da Joules telah mengadakan beberapa temu bual bagi mendapatkan pandangan dari mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam ini.Apa Kata Mahasiswa UIA?
Pandangan atau review dari mahasiswa UIA amat berinput antaranya dari Syahir, 18 tahun, pelajar asasi jurusan farmasi mengatakan,
Syahir, 18 tahun |
"Setiap peralatan yang dicipta tidak akan mencapai kecekapan tenaga sehingga 100% walaupun telah dilabelkan 100%. Namun inovasi manusia memperbaiki dan memperbaharuinya agar dapat menghampiri kesempurnaan sesebuah teknologi."- Syahir
Kami Berpuas Hati!
Objektif Da Joules tercapai dan dapat disimpulkan di sini bahawa Malaysia mempunyai masa depan yang cerah kerana aset negara yakni remaja kita berintelektual. Malaysia, Pengguna Bijak!
0 comments:
Post a Comment