Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Penggunaan tenaga dikaitkan secara langsung dengan perubahan iklim. Terdapat banyak mekanisme untuk mengukur kesan kepada alam sekitar dan Jejak Karbon dalah salah satu daripadanya. Jejak Karbon adalah satu mekanisme yang digunakan untuk mengukur kesan sesuatu produk atau perkhidmatan ke atas perubahan iklim dalam skala bersamaan dengan pelepasan karbon. Sebagai contoh, Jejak Karbon untuk penggunaan elektrik adalah 0.55 kgCO2 bersamaan untuk setiap kiloWattjam (kWj) di Eropah. Menggunakan statistik seperti ini, kita boleh merumuskan Jejak Karbon penggunaan elektrik oleh peralatan elektrik dan elektronik. Alat Rendah Karbon (Tangkap si Pencuri) oleh CLICK akan membantu anda dalam pengiraan nilai ini dengan mudah. Jadi, mula CLICK sekarang dan membuat perubahan!
Sumber Click
0 comments:
Post a Comment