• Stesen ChargeEV Pertama di Malaysia



    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

    Serdang, 9 Mac 2017 - Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili,  Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini telah melancarkan stesen pengecas kenderaan elektrik (ChargEV) yang pertama di Stesen Petronas Solaris, Serdang.

    ChargEV adalah kemudahan yang ditawarkan secara percuma kepada pengguna melalui kerjasama Petronas dan GreenTech Malaysia adalah salah satu usaha untuk mempromosikan pemilikan kenderaan elektrik di Malaysia.

    Sebanyak 66 stesen pengecas kenderaan akan dibangunkan di stesen-stesen Petronas di lebuh raya utama Semenanjung Malaysia menjelang hujung tahun ini bagi membolehkan pengguna EV pergi lebih jauh hingga ke luar Lembah Klang.

    Kemudahan ChargEV  terdapat di lapan stesen PETRONAS sekitar Lembah Klang serta dua stesen Petronas di Ayer Keroh Arah Selatan dan Genting Sempah

    Sumber PETRONAS
  • 0 comments:

    Post a Comment

    DAPATKAN WIFI SMART PLUG SEKARANG JUGA!

    Alat yang anda perlukan untuk mengawal penggunaan tenaga dengan cekap hanya bernilai RM299 sahaja!

    Powered by Blogger.
    ALAMAT

    Jalan Kota Raja, 41000 Klang

    EMAIL

    kisasklang@gmail.Com

    TELEFON

    03-33711658

    FAKS

    03-33721148